Kelindan Maut Putus Kaki Nahas 2 Lori

BINTULU ― Seorang maut serta dua cedera dalam kemalangan yang melibatkan dua lori di KM43 Jalan Selangau-Tatau awal pagi ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, mangsa yang maut ialah kelindan lori Andrew Mapang Juni,19, yang turut putus kaki kiri manakala kedua-dua pemandu lori berumur 46, dan 33, hanya cedera ringan.

“Kemalangan melibatkan dua lori dari arah yang sama, sebuah lori dipakirkan di tepi jalan kerana tayar pancit telah dilanggar dari arah belakang  oleh sebuah lori membawa muatan besi yang membawa mangsa serta dipandu lelaki berusia 33 tahun itu,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor MMO.

Menurutnya, mangsa maut di lokasi kejadian dan kaki kirinya tersepit di tempat duduknya.

“Mayat kelindan sudah diserahkan kepada polis,” katanya sambil menambah bomba menerima panggilan pada 4.59 pagi dengan jentera sampai ke lokasi pukul 6.05 pagi dan operasi selesai 6.19 pagi. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *