Anak Ini Berterusan Mendengus Hidung Dan Menangis, Ibunya Terkejut Temukan ‘Benda’ Mengerikan Dalam Hidungnya

Kanak-kanak mempunyai rasa ingin tahu dengan perkara-perkara di sekeliling mereka. Mereka boleh melakukan aksi apa saja dan menyentuh benda dan objek disekeliling mereka yang menarik perhatiannya. Mereka juga akan melakukan apa sahaja walaupun ianya membahayakan diri mereka.

Hal tersebut juga dialami oleh seorang anak kecil dari Filipina ini. Muat naik yang viral baru-baru ini di media sosial dikongsi oleh akaun Facebook Riza Canunayan.

Riza mempunyai anak perempuan berusia 2 tahun. Seperti kanak-kanak lain, anak perempuan Riza juga sering tertanya-tanya tentang benda di sekelilingnya.

Putri Riza

Insiden ini bermula apabila Riza menyedari ada perkara aneh berlaku pada  anaknya. Riza melihat anaknya sering menangis dan mendegus hidung selama beberapa hari.

Pada mulanya, Riza menyangka anak perempuannya mengalami demam yang membuat hidung tersumbat. Perkara yang mencurigakan itu tidak berhenti di situ.

Riza juga mendapati lendir yang keluar dari hidung anaknya berbau tak sedap. Akhirnya, dengan  menggunakan lampu suluh, Riza memeriksa lubang hidung anaknya.

Dia terkejut kerana menemui objek berwarna perak kecil di dalam hidung anaknya. Dia cuba mengeluarkan benda tersebut menggunakan penyepit. Tetapi, malangnya ia tidak boleh dikeluarkan.

Riza kemudian membawa anak perempuannya pada doktor pakar telinga-hidung- tekak . Selepas bergelut untuk mengeluarkannya, doktor melihat objek seperti cangkuk di pemotong kuku.

Kail besi di hidung putri Riza

Walaupun mempunyai sedikit darah, anak perempuan Riza dibenarkan pulang dari hospital. Malangnya, hal mengerikan itu tidak berhenti di situ.

Selepas pulang dari hospital, anak perempuan Riza masih tersedu dan mengendus. Apabilad ia cuba meniup hidungnya, yang keluar adalah serabut kekuningan yang diselimuti lendir yang baunya mengjijikkan. Hal ini disebut lebih mengerikan dari pada kail besi sebelumnya.

Riza berfikir bahawa benang tersebut bukanlah benda pertama yang dimasukkan anaknya ke hidungnya. Menurut doktor, besar kemungkinan anak-anak mengulang kebiasaan ini. DIa akan kembali memasukan benda asing ke dalam lubang hidungnya.

Setelah mengalami kejadian ini, Riza lebih menjaga kebersihan hidung anaknya.

Melalui upload ini, Riza ingin mengingatkan ibu bapa agar terus berhati-hati.

Muat naik viral dan dishare lebih daripada 19,000 kali.

Ternyata ada beberapa netizen juga mengalami kejadian yang sama.

Para ibubapa dinasihatkan untuk membersihkan hidung dan telinga anak-anak mereka secara berkala. Jangan sampai kejadian mengerikan ini terjadi pada mereka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *