Video: Fattah Dan Fazura Sah Bertunang

KUALA LUMPUR – Spekulasi yang melanda pasangan sensasi tanah air, Fattah Amin dan Fazura mengenai perkahwinan mereka terjawab apabila mereka mengakui bahawa mereka sudah bertunang dan bukannya sudah bernikah seperti yang digembar gemburkan.

Menurut Fattah, beliau menegaskan bahawa mereka belum berkahwin dan hanya bertunang sebelum bergerak ke kota suci Mekah.

“Sepatutnya keliar darii mulut kami tapi ia dah keluar sebelum kami tiba di malaysia.

“Kami tidak bernikah dan kami belum bernikah dan tiada sebarang perbincangan pasal reception,” katanya ketika sidang media di Royal Chulan disini tadi.

Fattah turut mendedahkan bahawa tarikh pertunangan mereka pada 13 november lalu dan pada 14 november pula merupakan kenduri doa selamat bersempena keberangkatan mereka ke Mekah.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai perancangan majlis perkahwinan mereka, Fattah menegaskan bahawa mereka ingin melalui proses perkahwinan seperti individu lain dengan melalui kursus perkahwinan terlebih dahulu.

Mengenai isu tindakan mereka tidak memberitahu terlebih dahulu mengenai status pertunangan mereka adalah disebabkan mengikut kehendak keluarga.

“Kita tak nak berkongsi kerana kami sepakat utk berkongsi 13.11 selepas kami balik menunaikan ibadah umrah.

“Kami nak fokus terhadap ibadah umrah dan kami memang berniat utk beritahu selepas kami blk dari umah,” ujarnya.

Bagi Fazura pula, tindakan Fattah yang tidak putus asa untuk melamarnya membuatkan hatinya menerima risikan daripada fattah.

“Selepas fattah propose beberapa kali dan saya berfikir-fikir… dan kami bertunang,”katanya.

Namun disebalik kegembiraan ini, Fazura berasa sedikit kecewa dengan berita-berita yang tidak benar mengenai mereka yg menjadi tular di media sosial sehingga menimbulkan fitnah.

“Sedikit kesal dengan laporan yang berlaku dan dilihat tak hormat privasi dan hak individu.

“Ingin saya ingtkan bahawa keluarga saya ada hak untuk privasi, ujarnya.

Majlis pertunangan pasangan dua sejoli ini telah diadakan di rumah keluarga Fazura pada 13 November.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *