Teknologi Baru London Gantikan Petrol Dengan Hampas Biji Kopi

Biasa yang kita ketahui adalah bas yang bergerak dijana dengan diesel mahupun elektrik namun baru-baru ini satu teknologi terbaru telah mula diguna pakai di kota metropolitan London iaitu bas yang digerakkan dengan menggunakan bahan buangan daripada hampas biji kopi yang telah digunakan.

Teknologi terbaru ini menggunakan biofuel yang mengandungi minyak kopi yang dikeluarkan daripada hampas kopi dan sebanyak 20 peratus biofuel ini dicampurkan dengan diesel sebenar.

Syarikat tersebut yang bernama Bio Bean ini memberitahu di London, purata setiap hari orang akan meminum 2.3 cawan kopi dan jumlah memberikan sebanyak 200,000 tan bahan buangan pada seitap tahun.

Oleh itu syarikat berkenan mengeringkan hampas kopi yang dikumpulkan dari rangkaian kedai kopi dan kilang serta memprosesnya untuk dijadikan minyak. Setelah itu ia dicampurkan bersama B20 iaitu campuran biofuel dan petroleum diesel.

 

 

Setakat ini, hampir 6,000 liter minyak kopi telah dihasilkan dan jumlah itu dapat digunakan untuk mengerakkan sebuah bas selama setahun.

Lebih menarik lagi, teknologi ini tidak memerlukan sebarang pengubahsuaian terhadap enjin bas dan ia boleh digunakan terus seperti biasa.

Pengasasnya, Arthur Kay berharap teknologi bahan buangan ini dapat memberi manfaat kepada kehidupan masyarakat secara amnya.

Mungkin juga teknologi ini adalah alternatif lain yang dapat digunakan berbanding diesel dan petroleum.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *