Pemandu Ditahan Gara-Gara Ikat Tablet Dan Telefon Bimbit Pada Stereng Kereta

Vancouver – Seorang pemandu yang gila gajet ditahan polis ketika memandu dengan komputer tablet dan telefon bimbit diikat pada stereng keretanya.

Lelaki itu ditahan selepas polis trafik melihatnya memakai fon telinga dan membongkokkan badannya di hadapan stereng.

Polis trafik bandar ini turut memuat naik gambar stereng lelaki itu di laman Twitter untuk memberi amaran kepada orang ramai.

“Sukar dibayangkan seorang lelaki melekatkan iPad dan telefon bimbit dengan tali pada stereng kereta ketika memandu!

“Ya, dia memegang surat samannya,” kata polis di Twitter.

Kebiasaannya pemandu yang tidak fokus didenda AS$368 (RM1,500), tetapi lelaki itu hanya dikenakan saman $81 (RM333) kerana gagal menunjukkan lesen memandu.

Lelaki itu turut diberikan ceramah panjang lebar oleh anggota polis yang menahannya mengenai bahaya memandu dalam keadaan terganggu.

Polis Vancouver turut memberitahu, pihaknya pernah menahan seorang lelaki kerana bermain permainan Pokemon Go di telefon bimbitnya ketika memandu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *