Pakai Tudung Luna Maya Dipuji Peminat

Selebriti popular Indonesia Luna Maya mencuri perhatian peminatnya selepas baru-baru ini tersebar beberapa gambar menunjukkan dia berhijab.

Sebanyak tiga gambar miliknya dengan penampilan bertudung tersebar di Instagram @moni**nederlandz, petik MD.

Rata-rata peminat memuji kekasih Reino Barrack yang kelihatan begitu ayu dan manis dengan penampilan tersebut.

Ada yang mendakwa Luna Maya memakai hijab hanya untuk satu sesi penggambaran.

Namun hingga kini, belum ada kenyataan rasmi daripada bekas kekasih Ariel (Noah) ini mengenai penampilannya itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *