Legoland Malaysia Lancar Roller Coaster Realiti Maya Pertama Di Dunia

ISKANDAR PUTERI – LEGOLAND Malaysia Resort (LMR) melancarkan Roller Coaster Realiti Maya LEGO (VR) yang pertama di dunia di taman temanya, di sini.

Permainan “The Great LEGO Race” menampilkan pengalaman roller coaster yang lebih menarik dengan pengembaraan baharu yang belum pernah dirasai di taman tema LEGOLAND, lapor Bernama.

Menurut pengarah Jualan dan Pemasaran LEGOLAND Malaysia, Thila Munusamy, permainan itu yang direka dan dibangunkan oleh Merlin Magic Making, menampilkan pelbagai karektor berwarna-warni daripada dunia animasi LEGO Minifigure.

“The Great LEGO Race membangkitkan imaginasi dunia LEGO dan memberi kejutan kepada kanak-kanak.

“Pengunjung akan merasi pengalaman dan cabaran yang teruja dalam roller coaster yang diterajui oleh Trendsetter, Pharaoh, Surfer Girl, Wizard dan Pirate Captain,” kata beliau pada pelancaran roller coaster bercirikan realiti maya itu.

Turut hadir pengarah komunikasi korporat Tourism Malaysia, Iskandar Mifrza Mohd Yusof dan Ketua IT dan Perniagaan Telefon Bimbit Samsung Malaysia Electronics, KM Liew.

Thila berkata pengunjung boleh menaiki roller coaster dengan mengenakan atau tanpa alat pendengar dan permainan itu sesuai untuk kanak-kanak berusia enam tahun dan ke atas.

“Durasi menaiki permainan itu ialah tiga minit dan jumlah maksimum penumpang setiap perjalanan ialah empat manakala ketinggian maksimum roller coaster di atas paras trek ialah 18 metetr,” kata beliau sambil menambah penumpang perlu mempunyai ketinggian 120 cm untuk menaiki seorang diri.

Ketika ditemui Bernama kemudian, Thila berharap bahawa pengalaman menaiki roller coaster akan menarik lebih ramai pengunjung ke LMR, terutama semasa cuti persekolahan akhir tahun.

Thila juga berkata perjalanan menaiki roller coaster itu akan dilancarkan di LEGOLAND Florida Resort dan LEGOLAND Deutschland Resort tahun depan.

Terdahulu, seramai 30 pengamal media tempatan dan antarabangsa diberi peluang untuk menaiki roller coaster tersebut untuk merasai pengalaman.

Wakil media tempatan, Fazrin Nazieha Hasbullah, 22, berkata beliau berasa sangat istimewa apabila merasai pengalaman menaiki roller coaster realiti maya yang pertama di dunia.

“Saya berasa takut pada mulanya tetapi pengalaman itu hebat dan sangat menghiburkan,” katanya.

Sejak dibuka pada 2012, Legoland Malaysia secara konsisten telah menambzah tarikan dan pengalaman baharu kepada pengunjung setiap tahun dengan memperkenalkan Taman Tema Air, Legoland Hotel, Ninja Go dan Star Wars.

The Great Lego Race menggantikan permainan roller coaster sedai ada dikenali Project X.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *