Kisah Tentera Wanita Korea Utara Diperkosa Orang Atasan Hingga Tidur Atas Karung Beras

Mendapatkan makanan yang cukup, semangat patriotik akan tanah air, dan meneruskan jejak langkah keluarga. Itulah motivasi Lee So Yeon yang berkhidmat dengan Angkatan Bersenjata Korea Utara ( Korut) pada awal 90-an.

Bukan hanya dia. Ribuan wanita dari seluruh Korea Utara juga melakukan hal yang sama ketika mereka tiada makanan yang secukupnya untuk meneruskan hidup.

Pada awalnya, So Ye mengecapi statusnya sebagai tentera di negara tersebut dengan kekuatan militer nombor 4 di dunia. Namun, mala petaka mula muncul ketika masuk bulan keenam.

Kitaran haidnya berhenti gara-gara persekitaran dikeliling dan kekurangan makanan .

“Namun, kami sangat bersyukur kerana jika kami haid, situasinya akan menjadi lebih buruk,” kata So Yeon dalam wawancaranya dengan BBC.

Perempuan yang kini berusia 41 tahun itu melanjutkan, ada dua halangan terbesar yang terpaksa dialaminya ketika bertugas.

Yang pertama, sebagai perempuan, mereka tidak mendapatkan kemudahan yang sepatutnya. Tilam yang mereka tidur terbuat daripada karung beras. Akibatnya, ketika mereka berpeluh selepas habis berlatih, peluh mereka tidak akan diserap. “Itu sangat tidak selesa,” kata So Yeon .

Kemudian, mereka tidak boleh mandi dengan sempurna kerana tidak memiliki air yang cukup. So Yeon bercerita, pernah suatu ketika Korea Utara memasang hos yang disambungkan ke mata air di pergunungan. Apabila hos disalurkan ke bilik mandi wanita, mereka mendapati air tersebut dipenuhi  katak dan ular. Setiap malam juga mereka turut diperkosa oleh komander.

“Kejadian itu berlangsung berterusan,” kata So Yeon yang bersyukur tidak mengalami kejadian tersebut semasa berkhidmat dalam tempoh 1992-2001.

So Yeon kemudian memutuskan untuk bersara pada usia 28 tahun, dan cuba hidup sebagai orang awam. Bekas sarjan itu pertama kali cuba lari pada 2008. Namun, perbuatannya itu diketahui dan kemudian So Yeon dipenjara. Percubaan kedua pula dilakukan ketika tidak lama selepas dia dibebaskan.

So Yeon cuba berenang menyeberangi Sungai Tumen di China ketika dia bertemu dengan seorang penyeludup yang membantunya menyeberang dari China ke Korea Selatan. Pakar Korea Utara, Jieun Baek, berkata kesaksian So Yeon boleh membuat dunia semakin mengetahui apa saja yang ada dalam Korea Utara yang terkenal sangat tertutup tersebut.

“Keinginan untuk mengetahui Korea Utara cukup tinggi sekarang,” kata Baek.

Permintaan tersebut membuatkan  seorang pembelot kadang melebih-lebihkan cerita kepada media agar dia mendapat bayaran yang tinggi.

Akibatnya, pembangkang Korea Utara ketika ini dipandang sebagai sebuah “kerjaya”.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *