Gadis Cantik Cium Wak Doyok?

Pelakon dan ikon fesyen popular, Wak Doyok mengejutkan peminat dan pengikut Instagram (IG)nya semalam selepas memuat naik video dicium seorang gadis cantik ketika sambutan hari jadinya.

Menerusi video itu, gadis tersebut mengucapkan “happy birthday” kepada Wak Doyok sambil mencium kedua-dua belah pipi pelakon Abang Long Fadil 2 (ALF2) berkenaan.

Sambutan hari jadi Wak Doyok bersama gadis dikenali sebagai Malika Askarova itu diraikan dalam suasana romantis dan istimewa sekali, lapor Gempak.

Difahamkan Malika adalah seorang model terkenal berasal dari Indonesia.

Wak Doyok turut memuat naik beberapa keping gambar mesra bersama Malika.
 
Malah, di IG Malika turut memuat naik foto bersama ikon fesyen Malaysia itu dengan kapsyen romantis.

Bagaimanapun aksi cium itu mendapat kecaman daripada netizen. 

Rata-rata netizen terkejut dengan pergaulan bebas Wak Doyok dan mengingatkan perbuatan tersebut tidak manis sebagai seorang yang beragama Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *