Video: NGO Lapor Polis Nga Kor Ming Hina Melayu, MB Perak

KUALA LUMPUR – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis terhadap Kor Ming kerana mengeluarkan kata-kata kesat berbaur perkauman dalam ceramah politik bersama masyarakat Cina di Kampung Simee 16 November lalu.

Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, tindakan Kor Ming itu amat biadab kerana menggelar Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dengan perkataan yang tidak sepatutnya berhubung isu Anugerah BrandLaureate yang diterima Zambry baru-baru ini.

Menurutnya, gelaran yang diberikan Kor Ming itu merupakan penghinaan terhadap pemimpin dan orang Melayu.

Sementara itu, Pengerusi Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsaa Alla Pitchay mendesak pemimpin DAP itu memohon maaf dan meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas terhadap Kor Ming kerana perbuatannya yang biadab termasuk penggunakan Akta Hasutan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *