Video Dramatik Polis Gendong Anak Lelakinya Sambil Tembak Mati Dua Perompak Di Pasar Raya

Seorang pegawai polis, Sarjan Rafael Souza, dengan berani telah menembak mati dua perompak di sebuah pasar raya kecil di Campo Limpo Paulista, Brazil.

Ketika itu dia dikatakan sedang bercuti dari tugasnya.

Video dramatik yang dimuat naik itu menunjukkan Souza sedang menggendong anak lelaki yang masih kecil.

Tiga kali tembakan dilepaskan oleh Souza dalam keadaan dia memeluk anaknya itu manakala isterinya pula bercangkung sambil menutup telinganya berhampiran tingkap.

Souza kemudian dengan segera menyerahkan anaknya kepada isterinya.

Dua perompak itu terbunuh sebelum ambulans datang ke lokasi kejadian.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *