`Toyol’ Di Universiti

Seorang ibu tunggal empat anak yang kerap mencuri di masjid dan surau ditahan polis dalam kawasan Universiti Sains Malaysia (USM), Georgetown, semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, suspek berusia 38 tahun itu ditahan pada 6 petang dan siasatan mendapati dia melakukan lebih 20 kes curi di masjid dan surau sejak Januari tahun ini, lapor Metro.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati suspek adalah pemandu uber dan mempunyai hutang dengan ceti haram berjumlah hampir RM20, 000.

€œSuspek bergerak seorang diri dan menjadikan masjid dalam USM serta surau di Hospital Pulau Pinang sebagai sasaran melarikan beg tangan serta barang berharga jemaah lain.

€Suspek turut positif ketamin dan direman selama empat hari untuk siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *