Selesai Kenduri, Tiket Umrah Masih Belum Dapat

KUALA LUMPUR ― Seorang warga emas sekeluarga ditipu lebih RM200,000 oleh sebuah agensi pengembaraan dan pelancongan untuk menunaikan umrah di Mekah.

Mohd Noor Ibrahim, 76, berkata mereka memilih Pakej Haji VIP (Furada) dengan visa khas tanpa melalui Tabung Haji bernilai RM40,000 hingga RM50,000.

Pakej tersebut, katanya, boleh terus menunaikan haji tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkaitan, lapor Metro.

“Saya dijadual berlepas ke Tanah Suci pada 18 September lalu dengan jadual penerbangan dari KLIA ke Dubai sebelum berlepas ke Mekah,” katanya.

“Namun, saya tunggu punya tunggu dengan pakaian ihram di KLIA rupanya penerbangan saya bersama keluarga tiada kerana agensi berkenaan tidak membeli tiket penerbangan.”

Mereka yang membuat aduan kepada Persatuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), malu kerana kenduri kesyukuran sudah diadakan sempena pemergian ke Mekah.

Ketua aktivisnya Datuk Nadzim Johan bimbang lebih ramai menjadi mangsa agensi berpangkalan di Shah Alam jika masalah itu berlarutan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *