Protes Caltex, Pengusaha Jam Tangan Ke Lantai

KUALA LUMPUR ― Seorang pengusaha minyak melekatkan tangannya pada lantai pejabat Chevron Malaysia Limited (Caltex).

Fadzilah Abdul Hamid menggunakan “super glue” sebagai bantahan terhadap Caltex yang didakwanya mungkir janji, lapor Sinar.

Protes jam 3.30 petang semalam berikutan operasi dua stesen miliknya di Kelana Jaya dan Kampung Subang, bernilai RM700,000, ditamatkan tanpa alasan. 

Beliau mendakwa pentadbiran syarikat enggan bertemu bagi menyelesaikan isu itu, sebaliknya meletakkan beberapa syarat tertentu.

“Sehingga hari ini [semalam], setelah 175 hari sejak tarikh tuntutan penamatan dibuat, tiada sebarang maklum balas diterima,” kata Muhammad Yusof Azmi.

Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) itu mendakwa kehadiran Fadzilah, jam 11 pagi tidak diendah lebih empat jam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *