Lambakan Pemain Import Bunuh Karier Pemain Tempatan

Keputusan Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) membenarkan pasukan Liga Super mendaftarkan lima pemain import termasuk seorang daripada Asia Tenggara atau Asean dilihat mampu membunuh karier pemain tempatan.

Bekas pemain kebangsaan, Bakri Ibni berkata, impak daripada lambakan pemain import mampu menutup peluang pemain tempatan daripada terus menyinar sekali gus merencatkan aspek pembangunan bola sepak Malaysia.

“Sejarah dah membuktikan dahulu Malaysia kuat tanpa seorang pun pemain import. Tapi kenapa sekarang kena banyakkan lagi?

“Bila jadi macam ini, secara tak langsung ia dah tutup peluang pemain tempatan kita, jadi buat program pembangunan untuk apa? Untuk jadi pemain kelas ketiga atau keempat?

“Nanti bila nak panggil untuk mewakili negara, pemain-pemain tempatan ini yang akan dipanggil. Jika mereka hanya beraksi di liga yang tidak dipandang orang, bagaimana mereka nak bersaing dengan musuh yang lebih kuat nanti?,” soalnya, lapor Metro.

Bakri turut menempelak pihak yang membandingkan Malaysia dengan Thailand yang turut menggunakan lima tonggak import dalam liga mereka.

Ujarnya, program pembangunan di Thailand berada pada tahap jauh lebih tinggi berbandingkan dengan diusahakan negara ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *