Kejam! Ibu Simen Empat Bayinya Dalam Baldi Hanya Kerana Ini

SEORANG wanita ditahan hari ini, selepas mengaku memasukkan empat bayinya yang baru dilahirkan ke dalam baldi sebelum mengisi bekas itu dengan konkrit di apartmennya, di Osaka, Jepun.

Menurut AFP, Mayumi Saito, 53, yang menyerah diri kepada polis semalam, memberitahu polis dia melahirkan empat bayi itu antara 1992 hingga 1997.

Menurut laporan media Jepun, wanita itu menyatakan dia tidak yakin mampu membesarkan anak terbabit dengan pendapatannya ketika itu.

Asahi Shimbun melaporkan, wanita itu memberitahu semua bayi terbabit hasil hubungan dengan bekas teman lelakinya.

Polis sedang menyiasat sama ada semua bayi terbabit hasil hubungannya dengan seorang lelaki atau dengan lelaki berlainan.

Polis yang menggeledah rumahnya menemui empat baldi berisi konkrit dalam almari.

Menurut Asahi Shimbun, imbasan pada baldi itu menunjukkan ia mengandungi elemen mayat manusia seperti bayi.

Polis masih menyoal siasat wanita itu yang tinggal bersama seorang anak lelakinya.

“Saya rasa tidak mampu membesarkan mereka. Saya tiada siapa untuk mengadu,” kata wanita itu.

Belum dapat dipastikan kenapa wanita berkenaan menyerah diri dan mengakui jenayahnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *