Isytihar Harta Akan Mudarat Pada Ahli Politik, Kata Syed Saddiq

KUALA LUMPUR — Pakatan Harapan (PH) mengalu-alukan calon bertanding pilihan raya mengisytiharkan aset walau sesetengah mereka melihat kemudaratan.

Ketua pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata walau cadangan itu tidak dibantah namun maklumat sulit calon kini dapat diketahui umum.

Syed Saddiq Abdul Rahman juga melihat pendedahan itu akan mengundang tanggapan salah terhadap ahli politik yang sudah bergelar jutawan.

“Bila kita isytihar tetapi pihak lawan tidak melakukannya, ia tidak memberi kelebihan.

“Calon yang sudah kaya sebelum menyertai politik tidak memiliki kelebihan kerana menunjukkan mereka seolah-olah mengamalkan rasuah.

“Bila sumber kekayaan didedahkan dan calon itu terkaya dalam parti, cawangan dan bahagian akan meminta dana.

“Mereka akan menjadi sumber wang dan perjuangan politik akan berasaskan duit,” katanya menggesa satu undang-undang digubal untuk tujuan itu.

Bersetuju dengan Syed Saddiq, ahli Parlimen DAP membangkitkan soal keselamatan calon dan keluarga apabila kemewahan mereka didedahkan.

“Ada kebimbangan untuk dihebahkan kepada umum. Bimbang calon akan diburu, mengundang salah faham dan dijadikan isu,” kata Charles Santiago.

DAP sebelum ini mendakwa tiada dasar memerlukan wakil rakyat mereka mengisytiharkan aset dan ia memadai dilakukan oleh pihak kerajaan. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *