Isu Tunafoto, Fathia Dibidas Netizen, Dikatakan Sengaja Tayang Kebodohan

Sejak kebelakangan ini, nama pelakon fathia latiff menjadi sebutan. Bukan disebabkan oleh drama atau filem lakonannya sebaliknya lebih kepada kontroversi ciptaannya sendiri.

Bermula dengan aksi tarian seksi dalam bigo live, kemudiannya disusuli pula dengan tulisan-tulisan dalam tweet pelakon itu sendiri yang mengundang kecaman ramai.

Boleh dikatakan tweet-tweet Fathia banyak yang dicemuh oleh netizen. Bermula dengan tweet mengenai banjir di mana dia mempersoalkan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pulau Pinang serta kisah mengenai cashless dan harga minyak.

Jika dalam tweet mengenai cashless, Fathia dikatakan tidak cerdik kerana tidak memahami maksud sebenar cashless yang diungkapkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin, dalam tweet mengenai harga minyak pula, dia turut menerima kecaman yang sama.

Malah penganalisis politik dan blogger Lim Sian See menjelaskan bahawa harga minyak yang dimuatnaik oleh Fathia dalam tweetnya itu adalah harga pada 2014.

Kini Fathia sekali lagi dibidas kerana tweetnya mengenai perkataan `tunafoto’.

“Kenapa nak kena tunafoto, kenapa tak tunabom atau bomfoto. Dari mana datangnya ikan???,” demikian tulis Fathia dalam akaun twitternya.

Apa lagi, netizen terus menyerangnya dengan menganggap Fathia sengaja menayangkan kebodohan sendiri.

Sebenarnya, menurut Facebook seorang pencinta Bahasa Melayu, Ayman Rashdan Wong, tindakan sesetengah netizen ini telah memperlekehkan usaha Dewan Bahasa Dan Pustaka dalam memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu.

Menurut Ayman lagi, “Tuna” adalah satu contoh perkataan imbuhan hadapan dalam bahasa Melayu bagi mengekspressikan sesuatu benda yang tidak sempurna atau tidak cukup. Seperti contoh, “tunabudi” yang bermaksud seseorang yang kurang budi pekertinya dan “tunasusila” yang bermaksud kurang bermoral.

Contoh lain bagi imbuhan hadapan dalam bahasa Melayu termasuklah “tata-“, “maha-“, “pra-“, “pasca-” dan lain-lain, jelas Ayman.

Jadi jika kita tak pandai, janganlah yang memperlekehkan usaha orang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *