Harga Petrol RON95 dan RON97 Turun 8 Sen

KUALA LUMPUR – Harga runcit mingguan petrol RON95 turun lapan sen bermula tengah malam ini dari RM2.38 seliter kepada RM2.30 seliter.

Harga runcit bagi petrol RON97 turut turun pada lapan sen, menjadi RM2.58 berbanding RM2.66 seliter sebelumnya.

Sementara harga runcit diesel pula turun dua sen, dari RM2.25 seliter kepada dari RM2.23 seliter.

Harga purata terbaharu itu akan berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 29 November depan.

Penurunan harga ketiga-tiga bahan api tersebut selari dengan kejatuhan harga minyak mentah dunia serta faktor pengukuhan nilai matawang Ringgit Malaysia berbanding dollar Amerika Syarikat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *