Duda Ugut Tunjuk Gambar Bogel Wanita Pada Suami

JOHOR BARU ― Seorang lelaki mengugut untuk menunjukkan foto separuh bogel seorang wanita kepada suaminya.

Duda dua anak meminta RM5,000 jika mangsa, 48, tidak mahu foto itu sampai kepada suami wanita itu, lapor Utusan.

Ketua polis daerah Iskandar Puteri berkata ugutan dibuat melalui telefon selepas suspek menghantar mangsa ke hentian bas Sabtu lalu.

“Ketika menginap di sebuah hotel di Nusa Bestari, Skudai, mangsa mendakwa berada dalam keadaan separuh sedar dan hanya menuruti perintah suspek,” katanya.

ACP Noor Hashim Mohamad berkata mangsa bertemu suspek, 40 tahun di sini pada 16 September lalu di selepas berkenalan 10 hari seblumnya di Facebook.

Beliau berkata suspek ditahan jam 5 petang Ahad lalu di Alor Setar, Kedah selepas mangsa membuat laporan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *