Dua Remaja Perempuan Terlibat Pergaduhan Mengerikan Di Pinggir Jalan

Dua gadis remaja ditangkap kerana terlibat dalam pergaduhan yang dahsyat. Dalam video yang dirakam kamera itu kelihatan seorang remaja yang menendang wajah seorang remaja lain. Mereka menolak satu sama lain dan menyerang satu sama lain ke tanah.

Cuplikan video pertengkaran dua orang remaja perempuan

Gadis yang cedera akhirnya berbaring di tanah dan menutup wajahnya dengan kedua-dua tangan. Melihat lawannya jatuh, gadis seorang lagi menarik dan terus menyerangnya.

Cuplikan video pertengkaran dua orang remaja perempuan

Sementara itu, dikeliling mereka orang ramai gembira menyaksikan pergaduhan itu tanpa ada yang cuba meleraikan mereka. Gadis yang dicederakan pihak lawannya itu kemudian membuat laporan polis.

Video ini dirakamka di Kota Votkinsk, Rusia.

Pihak polis kini sedang menyiasat kes tersebut dan menentukan cara terbaik untuk menanganinya.

Gadis yang menyerang itu rupa-rupanya dalam pemerhatian kerana berulang kali melarikan diri dari rumah.

Jurucakap polis tempatan, Veronika Malkova berasa kecewa kerana tiada siapa yang meleraikan pergaduhan tersebut.

“Sangat menyedihkan bahawa kebanyakannya hanya menonton pergaduhan itu” katanya seperti yang dilaporkan oleh Mirror.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *