Baik Pulih Pendawaian Elektrik Di 669 Pusat Tahfiz Jangka Siap Hujung Tahun Ini

JANDA BAIK – Sebanyak 669 pusat tahfiz di seluruh negara akan mula dibaik pulih yang dijangka dapat disiapkan menjelang penghujung tahun ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pusat tahfiz itu dikategorikan sebagai kritikal dalam aspek pendawaian yang telah dimulakan baikpulih sejak November ini oleh pelatih GiatMara.

Menurutnya, sehingga kini sebanyak 138 buah pusat tahfiz telah siap dibaikpulih pendawaian melalui peruntukan sebanyak RM30 juta di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri.

“Baki selebihnya kita sasarkan siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini sebelum kita mulakan pendawaian di 612 maahad tahfiz lagi tahun depan melalui peruntukan khas bajet 2018, sebanyak RM50 juta,” katanya pada sidang media selepas melawat Akademi Tahfiz Al-Fathonah di sini hari ini.

Turut hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Borhan Dolah; Timbalan Ketua Setiausaha KKLW, Datuk Azizan Mohamad Sidin. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *