Seorang Lelaki di China Dipenjara selama 3 Tahun Gara-Gara Tangkap Seekor Ikan Kecil ?

Seorang lelaki di China terpaksa menjalani hukuman tiga tahun penjara kerana telah menangkap dan membunuh seekor ikan kecil.

Dilaporkan dari SCMP, Li Licai dan rakannya, Tang Yongxiang, ditangkap sedang memancing ikan menggunakan tenaga elektrik di Yangtze, Luzhou, wilayah Sichuan.

Di dalam tangkapan ikan dengan berat 7 kg, terdapat satu bayi ikan yu sirip tinggi seberat 50 gram, yang termasuk dalam kategori spesies kurang di China.

Mahkamah mengisytiharkan Li bersalah memburu dan membunuh haiwan liar yang terancam pupus.

Sebelum ini, dia masih menjalani tempoh percubaan  untuk kesalahan itu. Kemudian, mahkamah memutuskan untuk memenjarakan Li selama tiga tahun dan dua bulan.

Sementara, rakannya, Tang harus menjalani 7 bulan penjara untuk kes yang sama. Dia juga perlu membayar denda sebanyak RM1248.21

Di China, membunuh hidupan yang terancam dikenakan hukuman sehingga 10 tahun penjara.

Jerung sirip tinggi telah ditambah ke dalam senarai haiwan yang dilindungi kerana jumlah yang menurun akibat pencemaran, penangkapan ikan yang terlalu banyak, dan pembinaan empangan.

Spesies yang mempunyai nama Latin Myxocyprinus asiaticusis memang menyerupai jerung, tetapi sangat popular sebagai haiwan peliharaan di akuarium.

Disebalik itu, penangkapan ikan dengan tenaga elektrik di China juga menyalahi undang-undang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *