Makan Babi Hutan, Tiga Sekeluarga Kritikal

TIGA sekeluarga kini dalam keadaan kritikal dan mungkin lumpuh seumur hidup selepas makan babi hutan yang tercemar.

Keluarga berkenaan dari Kerala, berpindah ke New Zealand sejak lima tahun lalu. Mereka yang terlibat ialah Shibu Kochummen, 35, isterinya, Subi Babu, 32 dan ibunya Alekutty Daniel, 62.

Mereka ditemui oleh paramedik dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumah mereka. Shibu dan isterinya mempunyai dua anak berusia tujuh tahun dan setahun. Nasib baik kanak-kanak berkenaan tidak makan daging babi itu.

Semua mangsa disahkan mengalami keracunan makanan akibat makan babi liar yang tercemar. Babi terbabit ditangkap selepas keluarga itu keluar berburu.

Menurut jiran mereka, Joji Varghese, Alekutty yang mula-mula mengalami muntah dan tidak sedarkan diri.

“Shibu kemudiannya menghubungi ambulans namun dia juga pengsan separuh jalan ketika membuat panggilan terbabit. Ketika paramedik sampai, tiga orang telah pengsan manakala anak mereka sedang tidur,’’ katanya.

Ini bukan kali pertama keluarga itu makan babi hutan malah penduduk di situ sering berkongsi daging terbabit.

Anak mereka kini dijaga oleh ahli kumpulan gereja berdekatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *