Biarpun Hanya Menang 1 Namun Tetap Menang

Dewan Rakyat semalam telah meluluskan Bajet 2018 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi peringkat jawatankuasa dengan majoriti hanya satu undi. Namun meskipun ia hanya lebih satu undi, namun tetap menang.

Seharusnya keputusan itu tidak wajar dipertikaikan meskipun 52 anggota parlimen mengundi untuk menyokong manakala 51 yang lain membantah. Dua orang anggota parlimen berkecuali daripada mengundi.

Apa yang jelas ia menunjukkan bahawa demokrasi yang dijalankan di negara ini tetap subur walaupun hakikatnya pembangkang tidak berpuas hati hingga berlaku perang mulut. Mereka tidak berpuas hai dengan undi belah bahagian berkenaan.

Sama juga seperti permainan bola sepak, walaupun jaringan hanya lebih 1 gol, pasukan yang lebih itu akan tetap dikira sebagai pemenang. Dalam hal ini, ia bukan sesuatu yang pelik dan tidak sepatutnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

Malah cubaan pembangkang untuk menggagalkan rang undang-undang tersebut nyata tidak berjaya. Ia tetap diluluskan meskipun dengan majorit mudah.

Semalam kekecohan tercetus di Dewan Rakyat apabila G. Manivannan (PKR-Kapar) bangun sebaik sahaja Menteri KPDNKK Datuk Seri Hamzah Zainudin menggulung perbahasan RUU Perbekalan peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya,

Manivannan telah mencadangkan supaya undi belah bahagian diadakan untuk menentukan sokongan terhadap RUU Perbekalan tersebut dan cadangan itu kemudian diterima oleh Timbalan Speaker Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Sepatutnya Ahli Parlimen menghormati keputusan itu kerana proses yang dijalankan adalah mengikut prosedur yang dibenarkan di bawah Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Jagalah nama baik dewan, jadilah matang ketika di dalamnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *