Belum Muktamad

Pendedahan Ben Affleck mahu berundur daripada melakonkan watak Batman masih kabur berikutan pelakon itu belum memberi kata putus.

Asalnya, Affleck sepatutnya mengarahkan filem The Batman yang mengetengahkan Dark Knight dan penjahat Deathstroke.

Bagaimanapun, dia digugurkan daripada tugas itu dan tempatnya digantikan Matt Reeves.

Baru-baru ini, timbul khabar angin mengatakan pelakon Jake Gyllenhaal dijangka menggantikan tempat Affleck sebagai Batman dalam filem baru DC akan datang.

Menurut portal IGN, Reeves berhasrat menawarkan watak Batman kepada Gyllenhaal sekiranya Afleck berundur sebelum pembikinan The Batman.

Sekiranya tawaran itu diterima Gyllenhaal, bermakna ini kali kedua dia membantu francais Batman.

Sebelum ini, adik pelakon terbabit, Maggie mengambil alih watak Rachel Dawes dalam The Dark Knight.

Dalam perkembangan lain, Affleck akan meraikan Thanksgiving dengan tiga anaknya dan bekas isteri, Jennifer Garner.

Makan malam keluarga itu akan dimasak oleh Jennifer dan turut menyertai mereka adalah ibu Affleck.

Pasangan itu berpisah pada 2015 dan mereka masih berbaik demi anak iaitu Violet, 11, Seraphina, 8, dan Samuel, 5.

Sambutan Thanksgiving ini juga yang pertama selepas pasangan berkenaan berpisah.

Selepas membuat permohonan cerai April lalu, Affleck berpindah ke Los Angeles.

Kemudian pada Julai lalu, pelakon itu dilihat keluar bersama penerbit Saturday Night Live, Lindsay Shookus.

Pasangan itu dikatakan menjalin hubungan sulit pada 2013, namun ada sumber mendakwa mereka sekadar rakan biasa.-Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *