Ambulans Sumbangan Rakyat Malaysia Musnah Kena Bom Di Syria

KUALA LUMPUR ― Sebuah ambulans sumbangan rakyat Malaysia antara enam buah yang musnah dalam serangan udara di Idlib, Syria, pada Jumaat.

Ambulan dengan anama “B9” antara 100 buah yang menyertai Konvoi Ambulans Perpaduan ke Syria (Unity Convoy) merentasi lima negara, bermula dari United Kingdom, April lalu.

Tujuh ambulans ditaja Malaysian Life Line For Syria, Tangisan Syria di Bumi Jordan, dan Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia ke wilayah konflik itu, lapor Berita Harian.

Dalam serangan itu, dua rakyat tempatan termasuk seorang pegawai perubatan terkorban, manakala 10 petugas perubatan cedera.

“Kami mengutuk serangan ke atas orang awam dan kemudahan perubatan yang juga komponen penting untuk rakyat Syria yang terkesan dari peperangan ini,” kata Muaz Ruslan.

Beliau adalah koordinator Serantau Unity Convoy. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *