Adakah Ini Pengakhiran Untuk Mahathir?

Tulisan asal oleh:
The Third Force, Malaysia Today, 20 November 2017

PPBM, DAP, PAN (Amanah) dan PKR sedang berusaha untuk mengesahkan pakatan mereka dengan mendaftarkan Pakatan Harapan sebagai satu parti. Tetapi setiap kali mereka cuba, beberapa halangan akan tiba-tiba muncul, hampir seolah-olah ia dihalang oleh seseorang secara sengaja.

Jika anda berfikir bahawa halangan ini ada kaitan dengan perpecahan dalam PPBM, anda tidak salah. Tetapi, lihat dengan lebih dalam, dan anda akan menyedari bahawa mereka berkisar sekeliling seorang sahaja – Lim Kit Siang.

Lim Kit Siang mahu Muhyiddin Yassin digulingkan dari jawatan presiden PPBM untuk melemahkan cengkaman Mahathir ke atas parti. Hanya untuk itu, beliau menyogok Khairuddin Abu Hassan (bekas PPBM) untuk menghasut pemimpin cawangan dan bahagian untuk menentang presiden parti itu.

Akibatnya, pemimpin-pemimpin ini bukan sahaja menghalang Mahathir daripada meminda perlembagaan parti, mereka melambat-lambatkan AGM parti dengan cara sengaja melambat-lambatkan AGM di peringkat cawangan dan bahagian masing-masing. Dan itu menyebabkan Mahathir berdepan dengan dilema yang sangat serius.

Jika bekas perdana menteri itu ‘memerah’ Muhyiddin dengan memainkan skandal Nika Gee, cawangan dan bahagian yang bersekutu dengan presiden parti itu akan bersedia untuk mengadakan EGM untuk menentukan nasib Mahathir. Jikalau Mahathir mahu ‘mengekalkan’ Muhyiddin, cawangan dan bahagian yang bersekutu dengan Khairuddin akan terus menangguhkan AGM dan mengadakan EGM untuk menggulingkan presiden parti.

Dalam situasi yang pertama, tidak ada kepastian bahawa Mahathir akan kekal sebagai pengerusi parti atau sebaliknya. Dalam situasi yang kedua, RoS akan masuk campur dan membatalkan pendaftaran PPBM kerana gagal melaksanakan AGMnya. Maka satu-satunya pilihan yang dimiliki oleh Mahathir ialah menghapuskan Muhyiddin dan merebut peluangnya dengan penyokong presiden.

Dan sehingga itu, Kit Siang akan memastikan Pakatan Harapan tidak pernah dapat pengesahan sebagai pakatan oleh RoS.

Link asal artikel:
http://www.malaysia-today.net/is-this-the-end-of-mahathir/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *