Pakatan Harapan Dah Gelabah Bila Najib Lawat Anwar Di Hospital

Jumaat lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah menziarah Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur (HKL), selepas beliau menjalani pembedahan di bahagian bahu di hospital terbabit.

Sehari selepas itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut melawat Anwar. Gambar mereka melawat Anwar menjadi viral dengan banyak pujian diterima oleh pemimpin negara kerana menunjukkan sikap berlapang dada.

Namun ketika Najib menerima pujian, pemimpin Pakatan Harapan sudah gelabah kerana Najib dipuji, sedangkan mereka cuba menanamkan kebencian pada Najib, di saat negara bakal berdepan dengan pilihan raya umum akan datang.

Apa yang dilakukan itu menunjukkan Najib mengamalkan politik matang serta mengetepikan perbezaan fahaman politik. Walaupun menjadi `musuh politik’ namun silaturahim tidak terputus.

Bak kata pegawai khas Najib, Datuk Rizal Mansor yang meminta Nurul Izzah Anwar membuka mata dan memikirkan perbezaan penentangan bapanya pada era Dr Mahathir Mohamad dengan Najib.

“Kata orang, satu gambar membawa seribu satu makna. Begitu juga gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan isteri melawat Anwar di hospital yang mendapat 1001 reaksi berbeza segenap lapisan masyarakat.

“Jika dibandingkan keadaan Anwar ketika lawan Mahathir suatu masa dulu dengan ketika ini menentang Datuk Seri Najib, tentunya ada banyak bezanya,” kata Rizal dalam satu kenyataan semalam.

Memang betul pun apa yang dikatakan oleh Rizal. Mahathir sendiri masih belum memohon maaf kepada Anwar iaitu timbalannya yang beliau pernah pecat 2 dekad yang lalu dan kemudian menjalani hukuman penjara.

Mahathir pernah menyatakan ia sebagai satu “kejadian masa lalu”. Ramai yang menanti sama ada Mahathir akan memohon maaf kepada Anwar, namun nampaknya sampai sekarang ia belum berlaku walaupun Mahathir sudah sepentas dengan Anwar.

Pada tahun 1998, Mahathir memecat Anwar dari Kabinet dan kemudian dari UMNO, dengan menuduh bekas timbalan perdana menteri itu sebagai homoseksual dan menyalahgunakan kuasanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *