Kapal Selam Argentina Sempat Kirim Isyarat Panggilan Sebelum Hilang

Tentera laut Argentina mengesan tujuh isyarat panggilan gagal yang dipercayai berasal dari kapal selam bersama 44 kru yang hilang baru-baru ini.

“Panggilan tempoh pendek, antara 4 hingga 36 saat,” tulis Tentera Laut Argentina dalam akaun twitternya seperti yang dilaporkan dari AP.

Kapal selam ARA San Juan yang hilang di Lautan Atlantik selatan dikatakan membawa 44 anak kapal.

Kelmarin, menurut jurucakap Angkatan Laut Enrique Balbi, pihaknya sedang melancarkan carian di pantai Atlantik, di selatan Argentina.

Manakala Presiden Mauricio Macri dalam tweetnya memberitahu semua sumber dalam dan luar negara akan digunakan untuk mencari kapal selam tersebut.

Beberapa negara seperti Chili, Uruguay, Peru dan Brazil, serta Amerika Syarikat, turut  membantu dengan mengirim pesawat ilmiah NASA dan pesawat angkatan laut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *