Dibuli di Sekolah, Esoknya Datang Bersama Orang Yang Tidak Dijangkakan, Berani?

Fenomena buli memang biasa terjadi dimana-mana. Bukan hanya di sekolah, buli juga boleh terjadi di tempat kerja bahkan di rumah.

Hal tersebut juga dialami oleh seorang remaja yang berasal dari Texas, Amerika Syarikat ini.

Christian Burk adalah seorang pelajar berusia 14 tahun di Waxahachie High School.

Kejadian ini bermula ketika dia sedang mengerjakan kerja sekolah di kelasnya minggu lalu.

Ketika dia sedang sibuk mengerjakan kerja sekolahnya, tiba-tiba hal yang mengerikan terjadi.

Christian Burk
Christian Burk (WFAA capture)

Peristiwa ini diceritakan oleh ibu Burk, Dshannon Aday pada WFAA.

Dia mengatakan ada seorang pelajar lain yang lalu di hadapan bilik. Murid tersebut menarik rambut Bark. Bark tidak mahu kejadian ini mempengaruhinya begitujuga ibunya.

Akhirnya, ibu dan anak ini merancang satu tindakan.

Keesokan harinya, Christian Burk membuat kekecohan di sekolahnya.

Burk datang ke sekolah bersama orang-orang yang tidak dijangkakan.

Burk dihantar ke sekolah oleh geng motor yang menaikki motor mereka.

Bahkan kelab motor Guardians of the Children juga ikut mengantarnya.

Geng motor tersebut dikatakan datang  untuk membela para mangsa buli atau penindasan.

Seorang anggota kelab motor ini mengatakan bahawa tujuan utama kelab itu adalah “memberikan kekuatan dan kestabilan pada anak-anak yang mengalami hal ini.”

Gadis ini juga sengaja berdadan seperti anggota geng motor lainnya.

Geng motor mengantar Christian Burk ke sekolah
Geng motor mengantar Christian Burk ke sekolah (WFAA capture)

Hal ini membuatkan Burk punya keberanian untuk kembali ke sekolah keesokan harinya.

Aksi ini menunjukkan bahawa buli yang dia alami tidak menjatuhkannya.

Burk membuktikan bahawa dia mempunyai banyak sokongan.

“Putriku adalah pejuang. Dia bukan mangsa,” jelas Dshannon.

Mendapat banyak sokongan, Burk mengakui gembira.

“Ia membuatkan saya berasa tenang,” katanya.

Ibu dan anak ini bersetuju bahawa perbuatan membuli tidak boleh diterima dengan apa-apa sebab.

Burk berharap tindakan ini dapat menghentikan pelaku pelaku buli.

“Orang akan berhenti bersikap kasar kepada satu sama lain.

Orang tidak berhak terikat kepada orang lain. Ia tidak sopan, “katanya.

Geng motor mengantar Christian Burk ke sekolah
Geng motor mengantar Christian Burk ke sekolah (WFAA)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *