Tidak Sengaja Terkena Minyak Essential Pengharum Ruang, Wanita Ini Alami Kecacatan Kekal

Minyak essential dikenali kerana manfaat ubat di seluruh dunia selain titisannya dapat mengharumkan ruang rumah hingga mengubah suasana rumah menjadi segar.

Namun bukan itu yang terjadi pada wanita malang ini, Emily Smith. Dalam tulisannya di Facebook, dia mengingatkan orang lain mengenai kerosakan wajah yang dialaminya akibat terkena minyak eesential.

Dipetik dari World of Buzz, dia membeli minyak essential untuk mengharumkan rumahnya dengan minyak nilam. Ketika mahu mematikan alat penyegar berkenaan, beberapa titis terkena wajah dan matanya.

Emily mengabaikannya namun beberapa jam kemudian, mukanya berasa pedih, lalu dia menyiram wajahnya dengan air sejuk selama 20 minit.

Ia kelihatan seperti wajah orang terbakar peringkat pertama. Akhirnya dia mendapatkan nasihat doktor dan menggunakan krim lidah buaya lalu tidur.

Namun ternyata itu kesalahan besar, kerana kulit mukanya berasa sangat sakit lalu dia terbangun dan menyapu lebih banyak krim lidah buaya itu.

Tidak lama kemudian dia mendapati mukanya bengkak dan matanya kabur manakala nanah keluar dari kulit wajahnya itu.

Emily ke hospital dan didapati mengalami luka terbakar akibat bahan kimia di muka dan dipindahkan ke pakar mata untuk rawatan mata, kerana dikhuatiri boleh membahayakan matanya.

Kejadian itu bagaimanapun mengakibatkan dia mengalami kerosakan mata yang kekal dan berpotensi mengalami cacat seumur hidup.

Emily baru 24 tahun dan telah bertunang bulan lepas. Ternyata minyak itu sangat beracun dan perlu dijauhi ramai terutama ibu hamil dan bayi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *