Pusat Karaoke Rossa Terima Aduan

Mengikuti jejak langkah penyanyi dangdut, Inul Daratista, Rossa turut menjalankan bisnes pusat karaoke.

Ironinya, dalam perniagaan sudah tentu ada pasang dan surutnya. Tidak terkecuali pusat karaoke Rossa yang baru-baru ini ditimpa musibah.

Ini kerana, salah seorang pelanggan melahirkan rasa kecewa dengan layanan tempat pusat karaoke penyanyi itu.

“Amat kecewa. Baru sejam setengah menyanyi terpaksa berhenti kerana karaoke miliknya banjir. Kena bayar pula. Terima kasih @itsrossa910,” tulis pelanggan tersebut.

Bagaimanapun, Rossa masih belum memberi sebarang maklum balas berhubung rungutan tersebut kerana dia baru tiba di Jakarta, Indonesia selepas bercuti dengan Afgan di Dubai.-Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *