Pelajar Perubatan Dari India Dinobatkan Miss World 2017

Pelajar perubatan dari India telah dinobatkan sebagai Miss World, dalam pertandingan yang diadakan di China.

Kemenangan Manushi Chhillar ini meletakkan India bersama dengan Venezuela sebagai negara yang berjaya melahirkan ramai Miss World.

Manushi mengikut jejak lima lagi pemenang Miss World dari India iaitu Reita Faria yang memenanginya pada 1966, diikuti Aishwarya Rai Bachchan (1994), Diana Haydon (1997), Yukta Mookhey (1999) dan Priyanka Chopra pada 2000.

Manushi yang berusia 20 tahun, juga merupakan seorang penari klasik India dan berharap dapat membuka sebuah hospital di kawasan pedalaman.

Mahkota kemenangan itu telah disampaikan oleh pemenang Miss World tahun lepas iaitu Stephanie del Valle dari Puerto Rico. Ia merupakan kali kelima pertandingan itu diadakan di China, dalam masa 10 tahun.

Seramai 108 wanita dari seluruh dunia menyertai pertandingan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *