Pattinson Suka Berbasikal Di London

PELAKON Robert Pattinson memberitahu, dia gemar keluar bersiar-siar dengan hanya berbasikal apabila berada di London, England.

Aktor berusia 31 tahun itu berkata, hobi tersebut hanya dapat direalisasikan apabila dirinya berada di kota London sahaja.

“Saya akan berbasikal ke mana-mana sahaja kalau berada di London.

“Aktiviti itu amat saya rindui setiap kali berada di Los Angeles, California, Amerika Syarikat kerana di sana saya tidak boleh berbasikal seperti di London.

Bintang filem The Twilight Saga itu berkata, atas sebab itu, kota kelahirannya itu sentiasa berada di hatinya.

“Apapun, kota London tetap menjadi bandar kegemaran saya. Saya merasakan bahawa diri ini tidak boleh tinggal di satu tempat yang sama untuk lebih daripada enam bulan,” kongsinya seperti yang dilapor portal Femalefirst.com.-kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *