Kapal Udara Terbesar Di Dunia Terhempas

BEDFODSHIRE – BRITAIN. kapal udara yang digelar terbesar di dunia terhempas apabila ia terlepas dari sauh, hari ini.

Menurut laporan Dailymail, kapal udara prototaip Airlander 10 seberat 20 tan terhempas di sebuah padang dan mengalami kerosakan teruk, lapor Sinar.

Semalam, Airlander 10 yang dihasilkan oleh Hybrid Air Vehicles menjalani beberapa penerbangan ujian.

Kaunselor, Paul Smith berkata, siasatan awal mendapati pesawat udara berkenaan terlepas dari sauh yang rosak dan terhempas.

Foto sumber Hybrid Air Vehicles
“Ia kini berada di sebuah padang di Cardington, bangkai kapal nampak teruk dan kami sedang memastikan sama ada ia koyak akibat terkena pokok,” kata Paul.

Jurucakap Hybrid Air Vehicles sebelum ini mengatakan bahawa kapal udara berkenaan mampu membawa beban seberat 10 tan termasuk 60 penumpang.

Airlander 10 juga direka untuk penerbangan komersial mewah yang dijadualkan beroperasi pada 2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *