Jika Ibu Bapa Obes, Anak Juga Mudah Gemuk

NEW YORK — Anak akan berpotensi menjadi gemuk atau obes jika ibu atau bapanya juga mempunyai berat badan berlebihan, kata satu kajian. 

Namun jika kedua-duanya gemuk atau obes, risiko anak mereka terlebih berat badan meningkat dua kali ganda, menurut kajian penyelidik Singapura, lapor MMO.

Berat ibu bapa menjadi faktor utama daripada enam punca yang dikaji Institut Sains Klinikal A*STAR Singapura, lapor AFP-Relaxnews. 

Faktor kedua yang meningkatkan risiko anak gemuk adalah peningkatan berat ibu sewaktu hamil dan kemudian tempoh penyusuan, kurang atau lebih empat bulan. 

Faktor lain termasuklah memberi makan pepejal lebih awal kepada bayi dan akhir sekali kandungan glukosa dalam darah ibu ketika hamil. 

Pasukan penyelidik memantau 1,247 wanita hamil untuk menilai enam faktor: Berat ibu dan berat bapa (yakni indeks jisim badan atau BMI lebih 25). 

Mereka juga menilai berat ketika hamil, glukosa dalam darah ibu, menyusu bayi kurang dari empat bulan dan memberi makan bayi sebelum empat bulan.

Selain ibu, penyelidik juga menilai anak yang berusia empat tahun. Selain BMI anak, jumlah lemak dan lipatan pada kulit anak juga dinilai. 

Pasangan yang ada empat atau lebih faktor berisiko 11 peratus mempunyai anak yang obes berbanding ibu bapa yang tiada enam faktor berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *