Video : Tular Badak Air Dan Rusa Diberi Minum Alkohol

JAKARTA: Pihak pengurusan sebuah zoo di Indonesia telah membuat laporan polis berhubung perbuatan seorang lelaki dan seorang wanita yang memberi alkohol kepada seekor badak air dan seekor rusa dalam video yang tular di media sosial.

Perbuatan pasangan itu dirakam dan dimuatnaik oleh wanita terbabit di Instagramnya.

Aktivis hidupan liar mengecam perbuatan pasangan terbabit yang memberikan minuman alkohol kepada dua haiwan berkenaan.

“Kami sudah membuat laporan polis mengenai perbuatan pasangan terbabit di Balai Polis Cisarua pagi ini. Tindakan itu mengancam nyawa haiwan di sini dan melanggar norma kebajikan hidupan liar,” kata jurucakap zoo terbabit, Yulius Suprihardo kepada The Jakarta Post.

Yulius berkata pasukan veterinar sedang memeriksa haiwan terbabit untuk mengenal pasti sama ada alkohol itu memberi kesan kepada kesihatan mereka.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *