Sikap Bebal Pemandu

Sikap degil pemandu ini ingkar peraturan jalan raya bukan saja membawa bencana kepada dirinya malah turut melibatkan keselamatan dan menyusahkkan pemandu lain.

Menerusi rakaman video yang dipercayai berlaku pada 9.30 pagi kelmarin di Ranau, Sabah, ia menunjukkan nahas melibatkan sebuah pacuan empat roda (4WD) dengan kereta pelbagai guna (MPV), lapor sebuah portal.

Kejadian kemalangan itu dikatakan berpunca akibat daripada sikap pemandu 4WD berkenaan yang tidak sabar dan cuba memotong sebuah lori di jalan garisan berkembar.

Ia menyebabkan sebuah MPV yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu merempuh pemandu tersebut.

Difahamkan tiada kemalangan jiwa berlaku, tetapi kedua-dua buah kenderaan itu mengalami kerosakan yang teruk di bahagian depan.

Sementara itu di media sosial, netizen menyelar tindakan pemandu 4WD terbabit yang memandu secara berbahaya sehingga menjadi punca kemalangan yang sepatutnya boleh dielakkan.

Difahamkan, susulan kejadian itu juga pemandu kereta itu juga telah dikenakan saman RM300 kerana kesalahan memotong di garisan berkembar.

Rakaman video berdurasi satu minit 58 itu sehingga kini telah dikongsi lebih 15,000 kali dan ditonton hampir dua juta pengguna Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *