Pameran Sekolah Berasrama Penuh Terbesar Dunia

Awal bulan ini, sebuah laporan mendedahkan bahawa ibu bapa di Malaysia berada di tangga kelapan daripada 15 melibatkan perbelanjaan wang bagi pendidikan anak-anak mereka.

Secara purata, ibu bapa di negara ini membelanjakan RM107,920 untuk pendidikan anak mereka, bermula di peringkat sekolah rendah hingga universiti, lapor MD.

Sememangnya, ibu bapa mengharapkan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak mereka, selari dengan pelaburan yang dibuat oleh mereka.

Jadi persoalan kepada perkara itu, sejauh mana ibu bapa boleh mendapatkan ‘pulangan’ yang terbaik daripada pelaburan yang dibuat terhadap pendidikan anak-anak mereka?

Dan jawapan kepada soalan tersebut – ia mungkin terjawab padaBritish Boarding Schools Show (Pameran Sekolah Berasrama Penuh British), yang bakal berlangsung pada 23 November ini di Kuala Lumpur.

The British Boarding Schools Show, yang akan diadakan di Grand Hyatt Hotel bertujuan untuk mempamerkan pendidikan terbaik di United Kingdom (UK) kepada para ibu bapa di negara ini, dengan harapan ia membantu ibu bapa untuk memilih tempat pengajian terbaik dalam senarai terbaik, termasuklah The King’s School Canterbury dan Cardiff Sixth College, untuk anak-anak mereka.

Dalam pertemuan tersebut yang akan mendedahkan sekolah-sekolah terbaik British, ibu bapa berpeluang bertemu dengan ketua-ketua dan wakil-wakil daripada pelbagai sekolah, serta pakar sekolah berasrama penuh British.

Ia sekaligus membantu ibu bapa untuk mempertimbangkan kaedah terbaik untuk memberikan anak-anak mereka kelebihan terhadap pendidikan antarabangsa.

Pendidikan Sekolah Berasrama Penuh British ini juga terbukti dengan rekod prestasi. Menurut bancian 2015 yang dijalankan oleh Independent School Council yang berpangkalan di UK, 91.4 peratus pelajar dari sekolah-sekolah berasrama penuh British menyambung pendidikan mereka ke peringkat tinggi termasuk universiti.

Memasuki sekolah berasrama penuh ini juga akan mengajar anak-anak untuk lebih berdikari dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri, dan ini menjadi satu kemahiran yang berharga yang akan membantu mereka dalam kehidupan secara peribadi mahupun profesional.

Dan sekolah-sekolah berasrama penuh British juga diketahui menyediakan anak-anak dengan kestabilan dan rutin yang diperlukan dalam kehidupan meeka, yang mana ia sangat penting bagi anak-anak yang sedang meningkat dewasa.

Walaupun yuran pendidikan di sekolah berasrama penuh British mungkin sedikit lebih mahal berbanding sekolah-sekolah biasa, ibu bapa bagaimanapun boleh diberi jaminan bahawa yuran yang tinggi itu dibelanjakan untuk mengupah guru-guru yang terbaik.

Walau bagaimanapun, pertumbuhan dan kejayaan pelajar tidak hanya bergantung kepada pendidikan mereka, tetapi juga kegiatan kokurikulum yang disertai oleh para pelajar.

Dan di sekolah berasrama penuh British, ibu bapa diberi jaminan bahawa anak-anak akan  terlibat dengan aktiviti yang sesuai dengan mereka, kerana sekolah tersebut menawarkan pelbagai aktiviti menarik kepada para pelajar.

Jadi bagi ibu bapa yang sedang mempertimbangkan langkah seterusnya untuk pendidikan anak-anak dan mungkin berminat untuk mendaftarkan mereka ke sekolah berasrama penuh British, pastikan anda berada di ‘Hari Terbuka’ sekolah terbesar dunia,British Boarding Schools Show, minggu depan.

Pameran tersebut adalah percuma untuk mana-mana ibu bapa yang berminat, tetapi anda perlu membuat pendaftaran di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *