Najib, Zahid Buktikan Mereka Pemimpin Berjiwa Besar

Meskipun mereka adalah ‘musuh’ dalam dunia politik namun Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan sifat keprihatinan dan berlapang dada dengan menziarahi musuh politiknya, Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur, semalam.

Gambar-gambar lawatan beliau bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di tepi katil Anwar yang ditemani oleh isterinya, Dr. Wan Azizah Wan Ismail menjadi tular.

Ramai yang memuji sikap pemimpin negara itu, yang mengetepikan perbalahan sebelum ini. Meskipun mereka dikecam hebat oleh pembangkang tetapi ternyata Najib dan Rosmah berjiwa besar.

Anwar dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur selepas menjalani pembedahan di bahagian bahu kanannya pada Isnin lalu, setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya pada bulan September lalu.

Selepas Najib, hari ini pula, timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis melawat Anwar yang ditemani dua anaknya, Nurul Nuha dan Nurul Ilham.

Menerusi kenyataan di Facebook, keluarga Anwar berkata Nurul Nuha dan Nurul Ilham mewakili Wan Azizah menyambut kunjungan Zahid memandangkan presiden PKR itu kini berada di Kuantan, Pahang, atas urusan parti.

“Timbalan perdana menteri menanyakan kesihatan dan rawatan susulan. Ayah kami mengulangi penghargaan (kepada) pihak hospital dan penjara yang membantu mengurus rawatan beliau,” kata kenyataan itu.

Ternyata pemimpin negara itu berjiwa besar dan mereka mengetepikan perbezaan politik untuk melawat Anwar di hospital.

Apabila Najib dan Zahid melawat Anwar, timbul pula persoalan di kalangan netizen. Mana perginya pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau masih belum melawat Anwar. Mungkin lambat sikit, sama seperti semasa banjir di Pulau Pinang baru-baru ini di mana Mahathir hanya turun ke sana selepas beberapa hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *