Muka Mekanik Lebam Ditumbuk Isteri

KUALA LUMPUR — Muka seorang mekanik lebam ditumbuk dan ditendang isterinya yang berang apabila permintaannya mendapatkan wang tidak dipenuhi.

Mangsa, 38 tahun baru pulang dari bekerja ketika kejadian berlaku ekoran isterinya, 35 tahun mahu membayar hutang.

“Lelaki itu bagaimanapun memaklumkan yang dia tiada wang tetapi wanita berkenaan tidak percaya dan berlaku pertengkaran antara mereka sebelum isterinya bertindak menumbuk dan menendang muka suami,” kata ketua polis daerah Seberang Prai Tengah, lapor Kosmo.

ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata dua anak mereka, 15 dan 17 tahun meleraikan mereka sebelum mangsa ke hospital dan membuat laporan polis.

“Kejadian itu bukan kali pertama berlaku kerana sebelum ini lelaki berkenaan telah membuat laporan polis tetapi menarik kembali laporannya kerana masih sayangkan isteri dan anak-anak mereka,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *