Lori Futuristik Tanpa Pemandu

Tesla Semi, trak berkuasa elektrik sepenuhnya itu menjana kuasanya dari sebuah bateri yang besar dan mampu membawa beban sehingga 36,000 kilogram.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pemilik Tesla, Elon Musk mendedahkan produk terbarunya
Berkata, jarak pemanduan sehingga 600 kilometer dengan sekali cas, kenderaan itu boleh berjalan tanpa pemandu.

Kehadiran Tesla Semi sememangnya membuktikan Elon benar-benar komited untuk membuatkan manusia lupa mengenai bahan api fosil dan mula beralih kepada kuasa elektrik, petik Sinar.

Menurut laporan Wired, lori itu diberikan fungsi ‘autopilot’ diperbaharui yang membolehkannya dipandu tanpa kawalan pemandu.

Radar juga diletakkan di bahagian hadapan, membolehkan lori itu berjalan dengan selamat di lorongnya sendiri, selain mengekalkan jarak selamat dengan kenderaan lain.

Tesla Semi dikatakan digerakkan oleh empat enjin elektrik yang mampu menjana 1,032 kuasa kuda, tetapi ia belum memperincikan maklumat lain seperti saiz bateri dan ‘tork’ yang dijana.

Pendedahan Tesla Semi kepada umum sememangnya menarik, namun terdapat cabaran untuk menjual lori futuristik tersebut.

Jika dibandingkan dengan produk Tesla sebelum ini seperti Model 3, lori mempunyai pasaran yang spesifik.

Hanya sejumlah kecil syarikat dijangka tidak sabar untuk meletakkan Tesla Semi dalam armada mereka dan dijangka lebih banyak syarikat mengambil langkah ‘kita tunggu dan lihat dahulu’.

Syarikat-syarikat ini selalunya tidak mementingkan untuk kelihatan ‘cool’ dan apa yang boleh menarik perhatian mereka adalah kos milikan sesebuah lori.

Dari segi kos, Tesla Semi dijangka memberi kelebihan kepada syarikat-syarikat yang memilikinya kerana perbelanjaan untuk enjin elektrik sememangnya lebih murah daripada yang menggunakan minyak fosil.

Ciri lain yang dijangka memberi impak kepada keputusan milikan adalah tempoh mengecas (downtime).

Elon menjanjikan pengecas yang mampu memberi pemanduan 600 kilometer selepas 30 minit, tetapi ia tentu memerlukan infrastruktur yang spesifik.

Walaupun Elon berjaya membina stesen-stesen pengecas secukupnya di sekeliling Amerika Syarikat, Tesla Semi mungkin akan menghabiskan lebih banyak masa berhenti daripada bergerak.

Melalui pendedahan awal itu juga Elon masih belum mendedahkan harga jangkaan untuk satu Tesla Semi dan ia mungkin menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pihak yang berminat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *