Impian Budak Hidap Kanser Naik BMW Ditunai

SUNGAI PETANI – Hasrat seorang budak lelaki yang menghidap kanser otak tahap empat untuk menaiki kereta mewah BMW berwarna putih ditunaikan Sime Darby Auto Bavaria Sdn Bhd hari ini.

Muhammad Hafizudin Alias,11, kelihatan riang dan ceria apabila diberi peluang menaiki kereta BMW i8, walaupun keadaannya lemah dan perlu didukung untuk menaiki kereta terbabit.

Dia terlantar sejak lebih sebulan lepas dan tidak lagi berupaya untuk bertutur selain makan dan minum menerusi tiub khas, lapor Bernama.

Bapanya, Alias Saleh, 43, berkata, anak ketiganya daripada empat beradik itu melahirkan hasrat menaiki kereta BMW berwarna putih selepas melihat kereta berkenaan semasa menyertai hari keluarga anak-anak pesakit kanser di Pantai Merdeka, 30 September lepas.

“Sewaktu tiba di Tol Taman Sejati, kanak-kanak pesakit kanser berpeluang menaiki pelbagai jenis kereta BMW dari plaza tol menuju ke Pantai Merdeka, namun kereta putih yang ingin dinaikinya sudah penuh menyebabkan dia terpaksa menaiki kereta jenis lain yang berwarna putih. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *