Ferrari F1 Michael Schumacher Dilelong

NEW YORK – Jentera perlumbaan juara Formula Satu (F1), Michael Schumacher berjaya dijual pada harga AS$7.5 juta (RM31 juta) di New York kelmarin.

Menurut AFP, jualan itu mencatatkan rekod lelongan baharu untuk sebuah kereta era moden F1, lapor firma lelongan Sotheby’s, lapor Kosmo.

Pernah mencatat juara dunia tujuh kali pada 2001, Ferrari F2001 mencatat bidaan tinggi sekali gus melepas jangkaan prajualan AS$4 juta (RM16.6 juta) hingga AS$5 juta (RM20.8 juta) semasa acara lelongan jualan seni malam kontemporari November Sotheby’s.

Sotheby’s berkata, ini kali pertama sebuah kereta dimasukkan dalam lelongan seni dan menjadi begitu popular.

Kenderaan berkilat, ringan dan menggunakan enjin api berwarna merah itu mungkin bukan hasil seni, namun Naib Presiden Sotheby’s, Gregoire Billault menyifatkannya sebagai ‘kereta lumba terbaik pernah dijual pada acara lelongan’.

Lagenda pelumba Jerman itu tidak lagi dilihat di khalayak umum selepas mengalami kecederaan serius dalam kemalangan ski pada 2013.

Beliau mencatatkan gelaran juara F1 tujuh kali dan 91 kemenangan sepanjang kerjayanya yang masih belum boleh disaingi oleh mana-mana pelumba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *