Diana Danielle Lapor KPDNKK Barang Mainan Anak Rosak

KUALA LUMPUR – Pelakon Diana Danielle mengambil tindakan dengan menghantar laporan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berikutan barangan mainan yang dibeli di sebuah kedai yang terletak dalam pusat membeli-belah Paradigm Mall rosak dalam masa dua jam.

Ketika dihubungi UTUSAN ONLINE, Diana berkata laporan tersebut dihantar menerusi e-mel dan belum mendapat sebarang respon daripada pihak berkenaan.

“Saya tidak mahu perkara yang sama terkena kepada orang lain. Saya menyuarakan kejadian ini agar ada pihak yang mendengar dan mengambil tindakan sewajarnya bagi membantu kami sebagai pengguna.

“Ramai yang menasihatkan saya supaya melaporkan perkara ini kepada pihak KPDNKK sebagai susulan daripada kenyataan saya di akaun Instagram.

“Buat masa ini belum ada sebarang tindak balas daripada pihak berkenaan memandangkan saya baru sahaja menghantar laporan tersebut malam tadi,” katanya.

Sebelum itu, Diana memuat naik gambar serta kapsyen yang meluahkan rasa kesal dan kecewa apabila barang mainan anak perempuannya, Nur Aurora mengalami kerosakan selepas dua jam dibeli.

Menerusi kapsyen tersebut, Diana juga menyatakan bahawa pemilik kedai enggan memulangkan wang sebaliknya hanya dapat menukar barang permainan tersebut. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *