Chef Wan Terima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah

SINTOK ― Dua profesor adjung di Universiti Utara Malaysia (UUM) menerima anugerah ijazah kehormat doktor falsafah sempena majlis konvokesyen ke-30 universiti berkenaan, di sini hari ini.

Mereka ialah Profesor Adjung Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM) Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan dan Profesor Adjung Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Intan Safinaz Tan Sri Dr Fng Ah Seng, lapor Bernama.

Kedua-dua ijazah disampaikan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen UUM ke-30, di sini hari ini.

Redzuawan menerima ijazah kehormat doktor falsafah (seni kulinari) manakala Fng yang juga pengasas dan pengarah urusan Epic Valley Holdings Sdn Bhd menerima ijazah kehormat doktor falsafah (tanggungjawab sosial).

Seramai 5,935 graduan menerima ijazah dalam majlis yang berlangsung selama lima hari bermula hari ini membabitkan lapan sesi.

Ia membabitkan 4,439 graduan sarjana muda dan 1,496 graduan pasca siswazah yang meliputi 301 graduan ijazah doktor falsafah, doktor pengurusan (4), doktor pentadbiran perniagaan (29), ijazah sarjana (1,107) dan diploma siswazah dalam pendidikan seramai 55 orang. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *