Tiada Yang Sangka Remaja Pendiam Itu Mengakhiri Hidupnya Dengan Gantung Diri

Kadek Dwik Putra Pradana dikenali jiranya sebagai seorang yang pendiam. Walaupun demikian, di sebalik peribadinya yang pendiam, Dwik juga bersikap ramah dan baik.

Tidak ada perkara aneh yang terjadi pada Dewi sebelum dia meninggal dunia.

Tapi Dwik dikatakan sempat mengadu dadanya sakit di bahagian kiri dan sudah diperiksa oleh doktor.  Doktor menyatakan tidak apa-apa masalah .

Dwik dijumpai sudah mengantung diri dalam biliknya.Tetapi tiada seorang pun yang tahu penyebab kenapa Dwik mengakhiri hidupnya dengan cara itu.

Keluarganya juga enggan memberikan sebarang kenyataan berkaitan kematian Dwik.

Berdasarkan hasil pemeriksaan luar, mangsa dikatakan meninggal kerana jerutan tali di lehernya

Berdasarkan maklumat yang berjaya dikumpul, mahasiswa Universiti Warmadewa tersebut ditemukan telah meninggal oleh makciknya

Makciknya dikatakan datang ke rumah Dwik selepas mengantar anaknya bersukan di padang. Dia kemudian singgah ke rumah  Dwik untuk melawatnya karena sebelumnya, Dwik dikatakan kemalangan.

Sampai di rumah mangsa ,dia kemudian bertemu dengan ibu mangsa. Dia bertanyakan Dimana Dwik. Ibunya mengatakan Dwik mungkin berada di biliknya.

Dia kemudian melihat bilik anak sedaranya itu  terkunci. Dia terus melihat melalui tingkap tetapi tidak kelihatan apa-apa. Dia berasa curiga lalu memutuskan untuk melihat semula.

Dia terkejut melihat Dwik sudah tergantung di tembok biliknya.

Ia berteriak dan terus mencari kursi untuk memecahkan tingkap bilik Dwik.

Ibu Dwik yang mendengar jeritan itu kemudia bergegas ke tempatnya.

Dengan bantuan jiran tetangga dia memecahkan pintu bilik mangsa.

Setelah berhasil, mereka menurunkan tubuh mangsa dan memotong tali yang menjerat leher Dwik.

Kes ini dikatakan masih disiasat dan belum memastikan apa motif mangsa nekat mengakhiri nyawanya dengan cara menggantung diri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *