Kejam! Wanita Dirogol, Dibunuh Dan Dibakar Selepas Pulang Dari Kerja

Seorang pekerja bank perempuan dirogol dan dibunuh secara tragis dengan cara dibakar selepas pulang dari bekerja.

Menurut Viral4real, mangsa yang berusia 23 tahun itu dikenali sebagai Mabel Tagama Cama. Sebelum itu, pada hari Jumaat lepas keluarga mangsa telah membuat laporan polis bahawa mangsa tidak pulang ke rumah.

Beberapa hari kemudian, mangsa berjaya ditemui namun dia sudah tidak bernyawa dan dalam keadaan yang menyedihkan.

Separuh badan mangsa yang hampir bogel itu telah dibakar.

“Separuh tubuhnya dibakar dan pakaian bahagian atas tubuhnya juga hilang,” kata Inspektor Polis Obet Garcia.

Mayatnya ditemui di dalam garaj yang terletak tidak jauh dari rumah mangsa di Barangay Rosario, Pasig City, Filipina. Semasa ditemui, sehelai pakaian dalam yang dikatakan milik mangsa dijumpai di sebelah mayat.

Menurut saksi, mangsa kali terakhir dilihat sekitar pukul 11:00 malam dan ketika itu, mangsa dilihat mengetuk pintu rumah, tetapi tiada siapa yang membuka pintu untuknya.

Saksi itu juga mendakwa telah melihat dua lelaki yang dipercayai suspek kejadian itu.

Dua lelaki yang tidak dikenali itu telah lama berada di sekitar rumah mangsa. Di samping itu, kompleks kediaman mangsa adalah kawasan yang kerap berlaku jenayah.

Ini kerana kawasan itu dikenali sebagai sarang dadah.

Walaupun sudah mengetahui motif kejadian, pihak polis enggan memberi butiran mengenai kejadian itu kepada media.

Mereka hanya meminta semua pihak yang mengetahui kejadian itu untuk segera melaporkannya kepada polis.

Keluarga mangsa juga enggan memberikan sebarang kenyataan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *