Isteri Didakwa Bunuh Dan Sembunyikan Mayat Suami Dalam Tangki Septik

SEORANG wanita yang didakwa membunuh suaminya yang berusia 62 tahun mengaku bersalah melakukan perbuatan itu dengan cara menikamnya beberapa kali.

Nittaya Saengdeuan, 22, dari Udon Thani, Thailand didakwa menikam Amnuay Wensila hingga mati di rumah mereka selepas berlaku pergaduhan, berpunca daripada kondom yang dijumpai dalam poket seluar suaminya.

Saengdeuan percaya kondom tersebut membuktikan bahawa suaminya curang dan dia berasa tertipu.

Selepas mendapati suami sudah mati, dia mengaku menyembunyikan mayat suaminya itu di dalam tangki septik di belakang rumah mereka, lapor Daily News.

Ketika mula-mula ditanya mengenai peristiwa itu, Saengdeuan menafikan penglibatannya.

Selepas siasatan dijalankan, dia akhirnya mengaku terbabit dalam pembunuhan itu.

Setelah mendengar keterangan yang diberikan, polis menemui mayat Wensila di dalam tangki septik, lokasi yang diberitahu sendiri oleh Saengdeuan.

Polis Udon Thani mungkin akan menambah satu lagi pertuduhan menyembunyikan mayat selepas tuduhan membunuh.

 

One thought on “Isteri Didakwa Bunuh Dan Sembunyikan Mayat Suami Dalam Tangki Septik

  • November 17, 2017 at 6:32 pm
    Permalink

    pompuan ni saja nak bunuh, bagi alasan bukan2, dia mai time klimak dia la tu, tambah laki lebih tua, lagi dia syok tikam, nanti bebas dari penjara. enjoy….muda plak tu, lain kali jangan cari yg muda2

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *